MEI 2025

Premier Sarawak Ketuai Mesyuarat Pre-DUN Dan Majlis Tertinggi PBB 2025


KUCHING, 17 Mei 2025 – Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg yang juga merangkap Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), hari ini mempengerusikan Mesyuarat Pre-Dewan Undangan Negeri (Pre-DUN) serta Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB Sarawak 2025 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Mesyuarat Pre-DUN dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi termasuk Timbalan-Timbalan Premier, iaitu Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah, Yang Berhormat Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Yang Berhormat Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain.

Setelah itu, mesyuarat diteruskan dengan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB Sarawak yang turut disertai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Naib Yang di-Pertua Kanan PBB, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, yang juga Naib Yang di-Pertua Kanan, Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom.

Antara fokus utama mesyuarat juga merangkumi isu-isu strategik seperti pengukuhan ekonomi negeri, pembangunan infrastruktur, dan memastikan kebajikan rakyat Sarawak sentiasa menjadi keutamaan. 

Selain itu, mesyuarat ini juga membincangkan pelbagai agenda penting berkaitan hala tuju pembangunan negeri bagi memastikan Sarawak terus bergerak maju sebagai sebuah negeri yang progresif, mampan dan inklusif demi kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.